Disebalik Nama TokMinoh

Saya membesar bersama arwah nenek yang dikenali dengan nama Tok Minoh dengan menjual kuih bekang di Kampung Kijing, Marang, Terengganu. Ketika saya berumur 10 tahun, setiap hari jam 6 pagi, arwah nenek akan kejutkan saya untuk menghantar kuih bekang ke kedai kopi Pok Kadir (satu-satunya kedai kopi ketika itu), ‘basikal tua’ ayah menjadi tunggangan pada subuh hari dengan jarak perjalanan 5 – 10 minit dari rumah di laluan tidak berlampu. Ketika itu mak sibuk menjaga adik-adik yang masih kecil, ayah sebagai nelayan pantai tidak mampu untuk menampung seluruh perbelanjaan keluarga Sebagai anak sulung saya rasa perlu memikul tanggungjawab, Perniagaan nenek memang cukup terkenal ketika itu kerana rasa kuihnya yang asli dan dia seorang yang jujur dan peramah serta tidak kedekut. Tapi ironinya ketika itu apa yang saya rasa ialah suatu keseronokan sebab bila sampai di kedai kopi ‘Pok kadir’ mak cik-macik sudah sedia menunggu, menyerbu bakul kuih saya sebelum sempat letak dalm kedai, namun upah Pok Kadir tetap saya bayar upah 10-20 sen untuk setiap 1 Ringgit kuih yang terjual. Sekarang setelah lebih 50 tahun, saya cuba bangkit kembali mengimbau nostalgia yang lalu, bangkit dan berusaha mempopularkan kembali kuih tradisional ini yang sudah ada di Negeri Terengganu lebih 60 tahun yang lalu.

Kini Perusahaan membuat bekang Terengganu yang diwarisi keluarga Tok Minoh diusahakan dengan peralatan moden di sebuah premis yang bersih terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

KEDAI BEKANG TOK MINOH LOT NO 8, RUMAH KEDAI KONDO RAKYAT 20400 KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU